Nama Pelajar Harapan UPSR 2011

Masih Dalam Senarai Percalonan

Khamis, 27 Januari 2011

Guru-Guru Tampan Lagi Berkaliber. Selamat Bertugas Cikgu.

Khamis, 27 Jan. 2011:"Renjis-renjis dipilis...ditepunglah tawar...Ingat duduk bersanding ke cikgu?" Maaflah dah berlalu zaman tu ya....Tapi mengikut kajian pembacaan profesional Ustazah Hazlina, pabila seseorang 'REMANJA' (Remang dalam senja) meningkat usia 40-an, mereka akan mengalami usia REMAJA KEDUA.Fuyoo...hebat kajian ustazah kita ya.Memberi semangat baru buat pewira-pewira SK Kuala Setiu.....Jangan marah ya (dari kiri) cikgu Razali, cikgu Asmawi, cikgu Wan Zaki, cikgu Zaimi dan cikgu Nasir.
" Ya Allah...Dengan nama Allah yang Maha Menyembuhkan, dengan nama Allah yang Maha Sempurna, dengan nama Allah yang Maha Menyihatkan, dengan nama Allah yang Maha Menyempurnakan, dengan nama Allah yang memiliki langit dan bumi, dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

"Ya Allah...Ampunkanlah dosa kami, panjangkanlah umur kami dalam keberkatan, murahkan rezeki kami yang halal dalam rahmat dan keberkatan-Mu ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...Teguhkan iman kami, kuatkan kesabaran kami dan matikan kami dalam iman jua islam-Mu ya Allah." Amin...Amin...

"Ya Allah...bukakanlah kepada kami kebijaksanaan orang-orang yang mengetahui dengan hikmah dari-Mu, sebarkanlah ke atas kami rahmat-Mu dan ingatkanlah kami apa yang kami lupa wahai yang Maha Mengasihani lagi Maha Menyayangi."

 Nukilan rasa buat Guru Besar...

Cikgu.....
Hadirmu dinanti, pergimu pasti ditangisi
Hiasi hari-hari mu nanti 
Dengan doa stulus hati

Cikgu.....
Jasamu tidak terperi
Budimu tidak dihitung dek jari
Pergimu pasti JPN kan ganti
Namun kami disini sentiasa menanti
Kunjungilah kami lagi satu hari nanti.....



SELAMAT TINGGAL...SELAMAT JALAN...
BUAT TUAN SENTIASA CEMERLANG
JASA DAN SUMBANGAN PASTI GEMILANG
SEMALAM...HARI INI DAN SELAMANYA TETAP TERBILANG
INSYAALLAH...

Sekitar Majlis Bergambar Bersama Guru Besar En. Wan Zaki B. Wan Ahmad

Khamis,27 Jan. 2011: Sesi bergambar kenangan bersama dengan Guru Besar En. Wan Zaki B. Wan Ahmad yang akan berpindah ke Sk Alor Peroi telah diadakan pada pukul 10.30 pagi. Tahniah diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana telah ditugaskan di kampung halaman dan perpindahan beliau merupakan satu kehilangan yang besar kerana banyak kenangan dan jasa yang telah beliau tabur sepanjang berkhidmat di SK Kuala Setiu. Selamat tinggal dan moganya INGAT KAMI DALAM DOA TUAN.....

Khamis, 25 November 2010

KECEMERLANGAN UPSR 2010

TAHNIAH KEPADA ANAK-ANAK DIDIK SK KUALA SETIU YANG CEMERLANG DALAM UPSR 2010!!!!!

UPSR 5A:
  1. Ain
  2. Fatin
  3. Farhan
UPSR 4A 1B
  1. Najmi (Zainal)
  2. Seha
  3. Siti Nuraisyah
  4. Zuliana